Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada entry sebelum ini, kami telah berkongsi cara-cara untuk membuat blog.
Kepada
yang kali pertama menjejakkan kaki ke dunia blogger ini, boleh cuba untuk post
satu dua entry dengan hanya menekan butang new post. Seperti biasa, tuliskan tajuk
dan isi di bahagian putih kosong kemudian tekan butang publish. Kepada anda yang telah pun menulis satu blog dan ingin
menambah blog, lihat pada bahagian kiri screen
, tekan “pages” dan pilih “new page”.
Dalam blog ini juga anda boleh mengolah “setting” untuk memilih label dan
pengguna lain kepada blog anda.
KESELAMATAN
DAN PENGURUSAN
Pembuli-siber
Jenayah
siber
Penyamaran
siber
Ketagihan
siber
Cetak
rompak
Pada entry kali ini, kami ingin berkongsi pula pengetahuan berkaitan jenayah siber dan harta intelektual serta hak cipta yang telah kami pelajari di dalam kelas pada minggu ke-10. Kesemua
yang disenaraikan adalah tertakluk dalam keselamatan dan pengurusan media
sosial dan internet sebagai media baru. Contohnya dengan adanya instagram, facebook dan twitter, pengguna berhadapan dengan
risiko pembuli siber, dimana pembuli ini seperti melontarkan mesej yang buruk
tentang pengguna tersebut kepada khalayak ramai. Kejadian seperti ini adalah
sama seperti pembuli reality Cuma bezanya pembuli siber membuli pada dunia
internet ataupun sosial media. Mangsa akan merasakan tekanan atau penderaan
emosi yang sangat tinggi hingga ada
segelintirnya tidak lagi bergaul di dunia reality kerana dimalukan dimedia
sosial. Selain dibuli, pengguna juga mungkin berhadapan dengan jenayah siber
seperti love scam dan juga penipuan
perjudian di internet. Oleh kerana pengguna mudah mempercayai pengguna media
sosial yang lain, timbul kes love scam dimana kebanyakkan masyarakat Malaysia mudah
tertipu untuk memberikan sejumlah wang kepada penjenayah terbabit yang mungkin
menggunakan profil palsu yang dikenali sebagai penyamaran. Hal ini mungkin
terjadi apabila pengguna yang lebih tua umurnya menyamar menjadi orang lain
dalam media sosial dan menggunakan kesempatan itu untuk menarik perhatian gadis
di bawah umur dan lain-lain. Hasil teknologi yang pesat membangun membuatkan
hasil seni di internet seperti di Youtube
yang boleh dimuat turun secara
percuma dan menjadi dagangan cetak rompak.
Sosial
media adalah layaran internet atau aplikasi yang membenarkan pengguna internet
untuk berhubung. Ianya adalah hasil inovasi sekian lama yang mungkin bermula
dari telegraf yang pada awalnya digunakan untuk berkomunikasi di medan perang
yang kemudiannya diolah bentuk kepada telefon bimbit namun mengekalkan tujuan
utama produk itu dibuat iaitu berhubung. Kini sosial media dijadikan medium
sebagai tempat untuk mempromosikan sesuatu kerja atau barangan kerana sifatnya
yang cepat dan mesra pengguna.
Hasil penyelidikan, terdapat beberapa perbezaan untuk blog, laman
web dan juga sosial media dimana blog digunakan hanya untuk menulis sesuatu
pengalaman dan manakala sosial media digunakan untuk rutin harian. Namun
kedua-duanya boleh digunakan untuk tujuan formal dan tidak formal. Walaupun
kedua-duanya adalah komunikasi dua hala namun terbukti sosial media lebih
menarik dan cepat serta efektif. Laman web mempunyai isi yang
sama. Berbeza dengan blog yang selalu dikemas kini isi kandungannya. Manakala
untuk media sosial, ia setiap hari akan dikemaskini. Laman web pula lebih
bersifat formal. Berbeza dengan blog dan media sosial yang lebih bersifat
informal. Interface untuk laman web perlu dibuat dari awal atau dipilih
melalui template. Sama seperti blog. Media sosial sahaja yang berbeza dimana
interface telah disediakan dan tidak perlu untuk direka dari awal. Akhir
sekali, laman web selalunya tidak bekerjasama dengan iklan dari pihak ketiga.
Blog pula mungkin mengandungi iklan sebegini berbeza dengan laman
sosial yang sepenuhmya mengandungi iklan.
HARTA
INTELEKTUAL DAN HAK CIPTA
Harta
intelektual dan hak cipta ini merujuk kepada undang-undang yang melindungi
sesuatu seperti paten dan trademark sesuatu
ciptaan di pasaran. Atau dalam erti kata lain, hak cipta diberikan kepada
pemilik untuk mengolah hasil kerja beliau, mengedar, membuat persembahan dan
lain-lain kerana pada masa kini teknologi hanya di hujung jari. Pengguna lain
boleh meniru hasil kerja dan mengatakan itu hasil kerjanya. Meniru hasil ini
termasuk dari segi teks, buku, penyelidikan dan kertas kerja pelajar. Ini juga
termasuk orang yang membayar untuk mendapatkan apa yang diperlukan.
Sekian dari kami buat minggu ini. Terima kasih kerana membaca !
Sekian dari kami buat minggu ini. Terima kasih kerana membaca !
- ZULFIKAR & TAUFIQ