Setelah
hampir setahun menjadi pelajar Asasi Seni Kreatif Aswara, kami perlu membuat
persembahan sempena Festival Seni Asasi (Fessa) untuk dinilai oleh para
pensyarah. Fessa ini diadakan dengan mengumpulkan kesemua pelajar asasi tidak
kira jurusan muzik, penulisan, teater, tari, pengurusan,filem dan seni visual
bagi menjayakan festival tersebut.
Perjalanan
ke Fessa ini sangat mencabar ketahanan mental dan fizikal di mana pelajar asasi
perlu membahagi masa untuk diperuntukkan kepada kerja kumpulan, individu,
latihan Fessa dan lain-lain. Perbezaan antara Pe’ta dan Fessa adalah
pelajar Pe’ta dinilai mengikut jurusan
masing-masing manakala bagi Fessa para pelajar digabungkan dari setiap fakulti
dan membuat satu persembahan yang merangkumi setiap pembelajaran di fakulti.
Maka secara tidak langsung Fessa dilangsungkan seperti teater muzikal atau
bangsawan di mana akan ada persembahan live band dari fakulti muzik, penari
dari fakulti tari, pelakon dari fakulti teater, penyampaian puisi dari pelajar
fakulti penulisan, perjalanan program dari fakulti pengurusan, rekaan pentas,
pencahayaan dari fakulti rekaan seni visual
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
Pada
minggu ini para pelajar jurusan muzik telah pun dikehendaki mencipta 3 lagu
untuk puisi penulisan iaitu Perajurit, satu lagu tradisional dan satu lagu
tema. Untuk lagu Perajurit ini saya memainkan peranan sebagai pemain trompet. Sejumlah
pelajar jurusan muzik ini diketuai oleh Mohd Nabil Ashraf telah berkumpul dan
berbincang bagi menjayakan lagu Perajurit ini. Lagu ini sangat kompleks kerana
bilangan alatan muzik yang dimainkan serta genre yang bercampur. Antara alat
muzik yang digunakan adalah satu gitar utama, satu gitar akustik, satu gitar
kedua, satu bas gitar, satu kit drum, satu conga, satu table, satu trumpet,
satu keyboard, dua violin dan tiga orang vokalis.
Perajurit
ini adalah hasil karya pelajar dari Fakulti Penulisan dan kami hanya perlu
membuat satu lagu berdasarkan puisi yang telah siap sedia ini sebagai lirik.
Lagu ini dimulakan dengan satu iringan gitar dan solo piano, kemudian diikuti
solo seruling bersama iringan trumpet dan rangkap pertama puisi Perajurit.
Walaupun permulaan lagu ini adalah perlahan dan seakan akustik, lagu ini telah
disuntik elemen moden seperti “attacking” dan ritma yang lebih kompleks. Pada
pertengahan lagu ini pula diselitkan laungan kemerdekaan sebanyak 8 kali
sebelum pemuzik kembali menyambung lagu untuk korus terakhir.
................................................................................................................................................ Pada
permulaan awal semester 3 Pengajian Asasi Seni Kreatif ini, saya telah memilih
untuk mengambil subjek Seni Muzik dan Seni Tarian sebagai mana yang telah
diwajibkan kepada setiap pelajar untuk mengambil dua jurusan fakulti pada satu
semester. Seperti mana yang telah dimaklumkan
kepada setiap pelajar, mereka hanya perlu memilih satu daripada dua fakulti ini
untuk dijadikan penilaian dalam Fessa, namun oleh kerana kekurangan penari maka
saya perlu mengambil bahagian untuk Fakulti Tari dan juga Fakulti Muzik.
Bermakna untuk muzik saya perlu memainkan lagu Perajurit dan mungkin lagu
ketiga iaitu gabungan semua pelajar muzik, dan selain lagu ini, saya perlu
menari beberapa tarian selain lagu Perajurit dan lagu terakhir. Hal ini
menyebabkan saya perlu sebaik mungkin membahagikan masa untuk berlatih muzik
dan juga menyiapkan tarian-tarian lain.
Oleh itu pada minggu ini saya mula
belajar tari Silat hasil karya En., Seth Hamzah. Untuk tari Silat ini tidak
banyak yang boleh dikatakan kerana pada semester dua saya telah pun mengambil
subjek Silat Umun ini bersama En. Seth. Sesetengan dari pergerakan Tari Silat
ini adalah gerakan dari semester dua dan ada juga gerakan-gerakan yang lebih
yang telah ditambah. Tari silat ini diiringi audio dan bukan dari muzik “live
band”.
.................................................................................................................................................Pada
minggu ini pula lagu kedua telah mula dijalankan. Lagu kedua ini lebih kepada
genre tradisional dan diambil dari karya pelajar penulisan yang bertajuk
Kebangkitan. maka saya sebagai pemain trompet tidak terlibat secara langsung
untuk bersama dalam lagu tradisional ini. Namun pada minggu ini pelajar dari
Fakulti Tari mula membuat tarian barat bersama En. Mohd Nur Faillul bin Adam. Keseluruhan
tarian untuk tarian barat adalah tiga tarian. Pada minggu ini juga telah
berlangsungnya sesi bergambar dan video montaj bagi pelajar Fakulti Tari.
Tarian pertama ini adalah juga dari
karya pelajar Fakulti Penulisan. Maka pelajar dari Fakulti Tari perlu membuat
beberapa gerakan daripada puisi tersebut. Tarian barat ini lebih kepada tarian
kontemporari dimana jika dilihat pada gerakan-gerakan tarian ini agak bebas.
Tarian ini ditarikan tanpa audio dan hanya penyampaian puisi. Ia agak sukar
untuk ditarikan kerana tidak mempunyai tempo yang tetap. Penari harus tahu pada
percakapan dan penglihatan penari dihadapan untuk menyamakan gerakan.Seminggu
sebelum Fessa ini saya telah menyiapkan dua tarian berlainan dan satu karya
muzik Perajurit. Ini masih tidak termasuk satu lagi lagu terakhir untuk Fessa
yang masih perlu disiapkan.
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Sebelum minggu ini juga pelajar dari
Fakulti Tari dan Fakulti Teater telah berlatih bersama bagi melihat kelancaran Fessa
ini. Para pelajar Fakulti Tari juga telah mengajar beberapa gerakan dari kelas
tari kepada pelajar teater untuk dimasukkan dalam persembahan teater mereka. Selain
dari gabungan dua fakulti ini, aka nada gabungan dari fakulti lain yang sudah
pun dijadualkan bagi melihat progress ke Fessa.
...................................................................................................................................................
Minggu ini juga kesemua pelajar
Penganjian Asasi Seni Kreatif perlu memuat naik produk inovasi dari barangan
kitar semula di sosial media untuk dinilai oleh pensyarah subjek Inovasi Dan
Keusahawanan iaitu Pn. Julaila. Antara aspek yang dinilai adalah bilangan komen
positif yang perlu diberikan kepada gambar produk yang dimuat naik tersebut
mengikut kumpulan masing-masing. Produk yang dimuat naik ke laman sosial itu
akan dipamerkan sewaktu program Fessa berlangsung.