Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Pada entri kali ini, saya akan kongsikan
tentang sebuah Festival Seni Asasi (Fessa) yang akan berlangsung pada 5 ogos
2016 di Experimental Theater, ASWARA
bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Pelajar-pelajar Pengajian Asasi
Seni Kreatif akan dinilai mengikut subjek yang mereka pilih pada sem 3 pada
festival ini dijalankan nanti. Secara rincinya saya kongsikan tentang skop
penilaian kursus Projek Seni yang dibimbing oleh Encik Shahrizam Hamzah.
Setiap pelajar yang mengambil kursus
Projek Seni telah dibahagikan kepada beberapa department. Setiap department
perlu menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Saya selaku Pengurus Pentas
pada festival ini, bersama 2 orang pelajar yang lain dibahagikan kepada skop
yang lebih rinci untuk memudahkan dan mempercepatkan proses membuat Jadual
Rincian Festival ini.
Saya diarahkan untuk memantau
pelajar-pelajar muzik yang membuat persembahan pada festival ini. Secara amnya,
pelaja muzik ini perlu menyanyikan lagu yang lirik atau skrip sajaknya ditulis
oleh pelajar yang mengambil kursus Asas Bahasa dalam Penulisan Kreatif yang
dibimbing oleh YBhg. Prof. Dato’ Rahman bin Shaari. Sebanyak 3 buah lagu atau
sajak akan dimainkan pada festival ini nanti. Latihan pada setiap malam
diadakan.
Cukup sampai disini dahulu
perkongsian saya untuk entri kali ini, akan saya update dari masa ke semasa.
...................................................................................................................................................
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Untuk entri kali ini saya akan
kongsikan tentang kursus Pengenalan Inovasi dan Keusahawanan dimana, pelajar
Pengajian Asasi Seni Kreatif perlu menghasilkan dan menghantar satu produk
inovasi yang dibahagikan kepada11 kumpulan. Pelajar perlu menghasilkan sebuah
produk untuk dipamerkan pada Festival Seni Asasi (Fessa) di bahagian lobby Experimental Theater, ASWARA.
11 kumpulan dibahagikan dan akan ada
11 tapak di bahagian lobby ET, ASWARA
pada 5 ogos 2016 nanti. Produk tersebut akan dinilai pada sebelah pagi oleh
pensyarah kursus ini iaitu Pn. Julaila Nadia Palman.
Sekian, post entri saya untuk kali ini.
..................................................................................................................................................
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Pada post entri sebelum-sebelum ini, saya ada mencerita sedikit tentang flow Festival Seni Asasi (Fessa) dibawah
department Pengurus Pentas (SM). Kali
ini saya hurai lebih sedikit tentang progress
yang telah dijalankan oleh department SM.
Pada peringkat awal, sebanyak 3 orang ahli department
SM namun, setelah perbincangan dijalankan ahli dibawah department SM ditambah kepada lagi 3 ahli dibawah pimpinan Encik
Yusmar.
Perbincangan telah diadakan bersama
Encik Yusmar, dimana kami dibahagikan kepada 3 bahagian untuk memantau setiap progress dan latihan yang dijalankan.
Bahagian yang dibahagikan itu iailah, tari, muzik dan pameran produk inovasi.
Saya selaku pemantau untuk bahagian
muzik mendapati latihan diadakan di studio muzik pada sebelah malam. Semua ahli
pemuzik mengikuti flow yang telah
diarancang. Sebanyak 3 buah lagu yang dimainkan pada festival tersebut. Lagu
atau skrip sajak ditulis oleh pelajar asasi sendiri juga. Setakat ini, lagu
atau sajak yang ketiga masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi, lagu atau
sajak yang pertama dan kedua masih dikukuhkan dengan latihan-latihan yang
dijalankan.
Sekian, post entri saya buat kali ini.
................................................................................................................................................
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Dari hari ke hari, dari masa ke
semasa, latihan muzik masih diteruskan dan semakin mencapai yang ditargetkan. Sebagai SM juga, saya perlu
mengenal pasti jenis barang dan perlatan yang hendak dan perlu digunakan semasa
festival ini nanti. Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan
teratur saya telah membuat list keperluan
peralatan pelajar muzik untuk persembahan nanti.
Peralatan muzik, mikrofon dan
sebagai telah dibooking untuk
mengelakkan sebarang kekecohan atau “kalam-kabut” pada hari festival ini nanti.
Sekian post kali ini.
................................................................................................................................................
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Untuk entri kali ini, saya akan
kongsikan tentang lagu atau sajak yang akan dinyanyikan oleh pelajar muzik untuk
festival ini nanti. Seperti entri post
sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa lirik atau skrip sajak telah ditulis
oleh pelajar asasi sendiri iaitu pelajar yang mengambil kursus Asas Bahasa
dalam Penulisan Kreatif yang dibimbing oleh YBhg. Prof. Dato’ Rahman bin
Shaari.
Untuk lagu pertama berjudul
Perajuritku yang ditulis oleh pelajar bernama Luqman Nul Hakim. Sajak ini
dilagukan dan muziknya dimainkan oleh Haziq, Adib, Jerome, Faridz, Jing, Zul,
Taufiq, Aiman, Fiqri, Iffah, Prema, Awebester (vocal), Shazwan, Ain dan Jannah.
Untuk lagu kedua, bertajuk
Kebangkitan1 yang ditulis oleh Ahmad Imran Afiq. Sajak ini juga akan dilagukan
semasa festival ini nanti. Pemain muziknya ialah, Amirul Hafizi, Farhan Sobri,
Joanne, Jerome, Fikri, Iqbal, Anderson, Aiman, Fiqri, Erna (vocal), Ain
(Vocal), Jannah (vocal).
Sekian post kali ini.