Wednesday 22 June 2016

JENAYAH SIBER & HARTA INTELEKTUAL - MINGGU 10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Pada entry sebelum ini, kami telah berkongsi cara-cara untuk membuat blog.
Kepada yang kali pertama menjejakkan kaki ke dunia blogger ini, boleh cuba untuk post satu dua entry dengan hanya menekan butang  new post. Seperti biasa, tuliskan tajuk dan isi di bahagian putih kosong kemudian tekan butang publish. Kepada anda yang telah pun menulis satu blog dan ingin menambah blog, lihat pada bahagian kiri screen  , tekan “pages” dan pilih “new page”. Dalam blog ini juga anda boleh mengolah “setting” untuk memilih label dan pengguna lain kepada blog anda.



KESELAMATAN DAN PENGURUSAN

Pembuli-siber
Jenayah siber
Penyamaran siber
Ketagihan siber
Cetak rompak

Pada entry kali ini, kami ingin berkongsi pula pengetahuan berkaitan jenayah siber dan harta intelektual serta hak cipta yang telah kami pelajari di dalam kelas pada minggu ke-10. Kesemua yang disenaraikan adalah tertakluk dalam keselamatan dan pengurusan media sosial dan internet sebagai media baru. Contohnya dengan adanya instagram, facebook dan twitter, pengguna berhadapan dengan risiko pembuli siber, dimana pembuli ini seperti melontarkan mesej yang buruk tentang pengguna tersebut kepada khalayak ramai. Kejadian seperti ini adalah sama seperti pembuli reality Cuma bezanya pembuli siber membuli pada dunia internet ataupun sosial media. Mangsa akan merasakan tekanan atau penderaan emosi yang sangat tinggi hingga  ada segelintirnya tidak lagi bergaul di dunia reality kerana dimalukan dimedia sosial. Selain dibuli, pengguna juga mungkin berhadapan dengan jenayah siber seperti love scam dan juga penipuan perjudian di internet. Oleh kerana pengguna mudah mempercayai pengguna media sosial yang lain, timbul kes love scam  dimana kebanyakkan masyarakat Malaysia mudah tertipu untuk memberikan sejumlah wang kepada penjenayah terbabit yang mungkin menggunakan profil palsu yang dikenali sebagai penyamaran. Hal ini mungkin terjadi apabila pengguna yang lebih tua umurnya menyamar menjadi orang lain dalam media sosial dan menggunakan kesempatan itu untuk menarik perhatian gadis di bawah umur dan lain-lain. Hasil teknologi yang pesat membangun membuatkan hasil seni di internet seperti di Youtube  yang boleh dimuat turun secara percuma dan menjadi dagangan cetak rompak.






Sosial media adalah layaran internet atau aplikasi yang membenarkan pengguna internet untuk berhubung. Ianya adalah hasil inovasi sekian lama yang mungkin bermula dari telegraf yang pada awalnya digunakan untuk berkomunikasi di medan perang yang kemudiannya diolah bentuk kepada telefon bimbit namun mengekalkan tujuan utama produk itu dibuat iaitu berhubung. Kini sosial media dijadikan medium sebagai tempat untuk mempromosikan sesuatu kerja atau barangan kerana sifatnya yang cepat dan mesra pengguna.
Hasil penyelidikan, terdapat beberapa perbezaan untuk blog, laman web dan juga sosial media dimana blog digunakan hanya untuk menulis sesuatu pengalaman dan manakala sosial media digunakan untuk rutin harian. Namun kedua-duanya boleh digunakan untuk tujuan formal dan tidak formal. Walaupun kedua-duanya adalah komunikasi dua hala namun terbukti sosial media lebih menarik dan cepat serta efektif. Laman web mempunyai isi yang sama. Berbeza dengan blog yang selalu dikemas kini isi kandungannya. Manakala untuk media sosial, ia setiap hari akan dikemaskini. Laman web pula lebih bersifat formal. Berbeza dengan blog dan media sosial yang lebih bersifat informal. Interface untuk laman web perlu dibuat dari awal atau dipilih melalui template. Sama seperti blog. Media sosial sahaja yang berbeza dimana interface telah disediakan dan tidak perlu untuk direka dari awal. Akhir sekali, laman web selalunya tidak bekerjasama dengan iklan dari pihak ketiga. Blog pula mungkin mengandungi iklan sebegini  berbeza dengan laman sosial yang sepenuhmya mengandungi iklan.


HARTA INTELEKTUAL DAN HAK CIPTA

Harta intelektual dan hak cipta ini merujuk kepada undang-undang yang melindungi sesuatu seperti paten dan trademark sesuatu ciptaan di pasaran. Atau dalam erti kata lain, hak cipta diberikan kepada pemilik untuk mengolah hasil kerja beliau, mengedar, membuat persembahan dan lain-lain kerana pada masa kini teknologi hanya di hujung jari. Pengguna lain boleh meniru hasil kerja dan mengatakan itu hasil kerjanya. Meniru hasil ini termasuk dari segi teks, buku, penyelidikan dan kertas kerja pelajar. Ini juga termasuk orang yang membayar untuk mendapatkan apa yang diperlukan.
Sekian dari kami buat minggu ini. Terima kasih kerana membaca ! 

- ZULFIKAR & TAUFIQ