BAHIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

            Pada entri kali ini, saya akan kongsikan tentang sebuah Festival Seni Asasi (Fessa) yang akan berlangsung pada 5 ogos 2016 di Experimental Theater, ASWARA bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Pelajar-pelajar Pengajian Asasi Seni Kreatif akan dinilai mengikut subjek yang mereka pilih pada sem 3 pada festival ini dijalankan nanti. Secara rincinya saya kongsikan tentang skop penilaian kursus Projek Seni yang dibimbing oleh Encik Shahrizam Hamzah.
            Setiap pelajar yang mengambil kursus Projek Seni telah dibahagikan kepada beberapa department. Setiap department perlu menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Saya selaku Pengurus Pentas pada festival ini, bersama 2 orang pelajar yang lain dibahagikan kepada skop yang lebih rinci untuk memudahkan dan mempercepatkan proses membuat Jadual Rincian Festival ini.
            Saya diarahkan untuk memantau pelajar-pelajar muzik yang membuat persembahan pada festival ini. Secara amnya, pelaja muzik ini perlu menyanyikan lagu yang lirik atau skrip sajaknya ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus Asas Bahasa dalam Penulisan Kreatif yang dibimbing oleh YBhg. Prof. Dato’ Rahman bin Shaari. Sebanyak 3 buah lagu atau sajak akan dimainkan pada festival ini nanti. Latihan pada setiap malam diadakan.
            Cukup sampai disini dahulu perkongsian saya untuk entri kali ini, akan saya update dari masa ke semasa.
...................................................................................................................................................

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

            Untuk entri kali ini saya akan kongsikan tentang kursus Pengenalan Inovasi dan Keusahawanan dimana, pelajar Pengajian Asasi Seni Kreatif perlu menghasilkan dan menghantar satu produk inovasi yang dibahagikan kepada11 kumpulan. Pelajar perlu menghasilkan sebuah produk untuk dipamerkan pada Festival Seni Asasi (Fessa) di bahagian lobby Experimental Theater, ASWARA.
            11 kumpulan dibahagikan dan akan ada 11 tapak di bahagian lobby ET, ASWARA pada 5 ogos 2016 nanti. Produk tersebut akan dinilai pada sebelah pagi oleh pensyarah kursus ini iaitu Pn. Julaila Nadia Palman.
            Sekian, post entri saya untuk kali ini.

 ..................................................................................................................................................
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

            Pada post entri sebelum-sebelum ini, saya ada mencerita sedikit tentang flow Festival Seni Asasi (Fessa) dibawah department Pengurus Pentas (SM). Kali ini saya hurai lebih sedikit tentang progress yang telah dijalankan oleh department SM. Pada peringkat awal, sebanyak 3 orang ahli department SM namun, setelah perbincangan dijalankan ahli dibawah department SM ditambah kepada lagi 3 ahli dibawah pimpinan Encik Yusmar.
            Perbincangan telah diadakan bersama Encik Yusmar, dimana kami dibahagikan kepada 3 bahagian untuk memantau setiap progress dan latihan yang dijalankan. Bahagian yang dibahagikan itu iailah, tari, muzik dan pameran produk inovasi.
            Saya selaku pemantau untuk bahagian muzik mendapati latihan diadakan di studio muzik pada sebelah malam. Semua ahli pemuzik mengikuti flow yang telah diarancang. Sebanyak 3 buah lagu yang dimainkan pada festival tersebut. Lagu atau skrip sajak ditulis oleh pelajar asasi sendiri juga. Setakat ini, lagu atau sajak yang ketiga masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi, lagu atau sajak yang pertama dan kedua masih dikukuhkan dengan latihan-latihan yang dijalankan.
            Sekian, post entri saya buat kali ini.
 ................................................................................................................................................

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

            Dari hari ke hari, dari masa ke semasa, latihan muzik masih diteruskan dan semakin mencapai yang ditargetkan. Sebagai SM juga, saya perlu mengenal pasti jenis barang dan perlatan yang hendak dan perlu digunakan semasa festival ini nanti. Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan teratur saya telah membuat list keperluan peralatan pelajar muzik untuk persembahan nanti.
            Peralatan muzik, mikrofon dan sebagai telah dibooking untuk mengelakkan sebarang kekecohan atau “kalam-kabut” pada hari festival ini nanti.
            Sekian post kali ini.

 ................................................................................................................................................

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

            Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan tentang lagu atau sajak yang akan dinyanyikan oleh pelajar muzik untuk festival ini nanti. Seperti entri post sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa lirik atau skrip sajak telah ditulis oleh pelajar asasi sendiri iaitu pelajar yang mengambil kursus Asas Bahasa dalam Penulisan Kreatif yang dibimbing oleh YBhg. Prof. Dato’ Rahman bin Shaari.
            Untuk lagu pertama berjudul Perajuritku yang ditulis oleh pelajar bernama Luqman Nul Hakim. Sajak ini dilagukan dan muziknya dimainkan oleh Haziq, Adib, Jerome, Faridz, Jing, Zul, Taufiq, Aiman, Fiqri, Iffah, Prema, Awebester (vocal), Shazwan, Ain dan Jannah.
            Untuk lagu kedua, bertajuk Kebangkitan1 yang ditulis oleh Ahmad Imran Afiq. Sajak ini juga akan dilagukan semasa festival ini nanti. Pemain muziknya ialah, Amirul Hafizi, Farhan Sobri, Joanne, Jerome, Fikri, Iqbal, Anderson, Aiman, Fiqri, Erna (vocal), Ain (Vocal), Jannah (vocal).
            Sekian post kali ini.