ZULFIKAR

Setelah hampir setahun menjadi pelajar Asasi Seni Kreatif Aswara, kami perlu membuat persembahan sempena Festival Seni Asasi (Fessa) untuk dinilai oleh para pensyarah. Fessa ini diadakan dengan mengumpulkan kesemua pelajar asasi tidak kira jurusan muzik, penulisan, teater, tari, pengurusan,filem dan seni visual bagi menjayakan festival tersebut.

Perjalanan ke Fessa ini sangat mencabar ketahanan mental dan fizikal di mana pelajar asasi perlu membahagi masa untuk diperuntukkan kepada kerja kumpulan, individu, latihan Fessa dan lain-lain. Perbezaan antara Pe’ta dan Fessa adalah pelajar  Pe’ta dinilai mengikut jurusan masing-masing manakala bagi Fessa para pelajar digabungkan dari setiap fakulti dan membuat satu persembahan yang merangkumi setiap pembelajaran di fakulti. Maka secara tidak langsung Fessa dilangsungkan seperti teater muzikal atau bangsawan di mana akan ada persembahan live band dari fakulti muzik, penari dari fakulti tari, pelakon dari fakulti teater, penyampaian puisi dari pelajar fakulti penulisan, perjalanan program dari fakulti pengurusan, rekaan pentas, pencahayaan dari fakulti rekaan seni visual

........................................................................................................................................
Pada minggu ini para pelajar jurusan muzik telah pun dikehendaki mencipta 3 lagu untuk puisi penulisan iaitu Perajurit, satu lagu tradisional dan satu lagu tema. Untuk lagu Perajurit ini saya memainkan peranan sebagai pemain trompet. Sejumlah pelajar jurusan muzik ini diketuai oleh Mohd Nabil Ashraf telah berkumpul dan berbincang bagi menjayakan lagu Perajurit ini. Lagu ini sangat kompleks kerana bilangan alatan muzik yang dimainkan serta genre yang bercampur. Antara alat muzik yang digunakan adalah satu gitar utama, satu gitar akustik, satu gitar kedua, satu bas gitar, satu kit drum, satu conga, satu table, satu trumpet, satu keyboard, dua violin dan tiga orang vokalis.

            Perajurit ini adalah hasil karya pelajar dari Fakulti Penulisan dan kami hanya perlu membuat satu lagu berdasarkan puisi yang telah siap sedia ini sebagai lirik. Lagu ini dimulakan dengan satu iringan gitar dan solo piano, kemudian diikuti solo seruling bersama iringan trumpet dan rangkap pertama puisi Perajurit. Walaupun permulaan lagu ini adalah perlahan dan seakan akustik, lagu ini telah disuntik elemen moden seperti “attacking” dan ritma yang lebih kompleks. Pada pertengahan lagu ini pula diselitkan laungan kemerdekaan sebanyak 8 kali sebelum pemuzik kembali menyambung lagu untuk korus terakhir.


................................................................................................................................................ Pada permulaan awal semester 3 Pengajian Asasi Seni Kreatif ini, saya telah memilih untuk mengambil subjek Seni Muzik dan Seni Tarian sebagai mana yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar untuk mengambil dua jurusan fakulti pada satu semester. Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada setiap pelajar, mereka hanya perlu memilih satu daripada dua fakulti ini untuk dijadikan penilaian dalam Fessa, namun oleh kerana kekurangan penari maka saya perlu mengambil bahagian untuk Fakulti Tari dan juga Fakulti Muzik. Bermakna untuk muzik saya perlu memainkan lagu Perajurit dan mungkin lagu ketiga iaitu gabungan semua pelajar muzik, dan selain lagu ini, saya perlu menari beberapa tarian selain lagu Perajurit dan lagu terakhir. Hal ini menyebabkan saya perlu sebaik mungkin membahagikan masa untuk berlatih muzik dan juga menyiapkan tarian-tarian lain.

            Oleh itu pada minggu ini saya mula belajar tari Silat hasil karya En., Seth Hamzah. Untuk tari Silat ini tidak banyak yang boleh dikatakan kerana pada semester dua saya telah pun mengambil subjek Silat Umun ini bersama En. Seth. Sesetengan dari pergerakan Tari Silat ini adalah gerakan dari semester dua dan ada juga gerakan-gerakan yang lebih yang telah ditambah. Tari silat ini diiringi audio dan bukan dari muzik “live band”.
        
.................................................................................................................................................Pada minggu ini pula lagu kedua telah mula dijalankan. Lagu kedua ini lebih kepada genre tradisional dan diambil dari karya pelajar penulisan yang bertajuk Kebangkitan. maka saya sebagai pemain trompet tidak terlibat secara langsung untuk bersama dalam lagu tradisional ini. Namun pada minggu ini pelajar dari Fakulti Tari mula membuat tarian barat bersama En. Mohd Nur Faillul bin Adam. Keseluruhan tarian untuk tarian barat adalah tiga tarian. Pada minggu ini juga telah berlangsungnya sesi bergambar dan video montaj bagi pelajar Fakulti Tari.

            Tarian pertama ini adalah juga dari karya pelajar Fakulti Penulisan. Maka pelajar dari Fakulti Tari perlu membuat beberapa gerakan daripada puisi tersebut. Tarian barat ini lebih kepada tarian kontemporari dimana jika dilihat pada gerakan-gerakan tarian ini agak bebas. Tarian ini ditarikan tanpa audio dan hanya penyampaian puisi. Ia agak sukar untuk ditarikan kerana tidak mempunyai tempo yang tetap. Penari harus tahu pada percakapan dan penglihatan penari dihadapan untuk menyamakan gerakan.Seminggu sebelum Fessa ini saya telah menyiapkan dua tarian berlainan dan satu karya muzik Perajurit. Ini masih tidak termasuk satu lagi lagu terakhir untuk Fessa yang masih perlu disiapkan.

...................................................................................................................................................

            Sebelum minggu ini juga pelajar dari Fakulti Tari dan Fakulti Teater telah berlatih bersama bagi melihat kelancaran Fessa ini. Para pelajar Fakulti Tari juga telah mengajar beberapa gerakan dari kelas tari kepada pelajar teater untuk dimasukkan dalam persembahan teater mereka. Selain dari gabungan dua fakulti ini, aka nada gabungan dari fakulti lain yang sudah pun dijadualkan bagi melihat progress ke Fessa.

...................................................................................................................................................

            Minggu ini juga kesemua pelajar Penganjian Asasi Seni Kreatif perlu memuat naik produk inovasi dari barangan kitar semula di sosial media untuk dinilai oleh pensyarah subjek Inovasi Dan Keusahawanan iaitu Pn. Julaila. Antara aspek yang dinilai adalah bilangan komen positif yang perlu diberikan kepada gambar produk yang dimuat naik tersebut mengikut kumpulan masing-masing. Produk yang dimuat naik ke laman sosial itu akan dipamerkan sewaktu program Fessa berlangsung.