AFIFAH

Pada 31 May 2016,kelas Realisasi Visual (PASK 0293) dibawah tenaga pengajar En. Che Saiful Nazmi dan En. Safwan telah membahagikan pelajar kepada beberapa buah kumpulan bagi menghasilkan storyboard bagi setiap babak dalam Persembahan FeSA yang akan dijalankan pada 5 Ogos 2016. Kami iaitu saya, Raja Noor Fakhrul, Ainuriah dan Naviin telah ditugaskan untuk membuat storyboard bagi babak satu. Berikut merupakan storyboard dalam babak satu :

1.    Suasana ketika era penjajahan. Gambaran tentang orang-orang Melayu dan masyarakat peribumi yang hanya bekerja sebagai kuli di lading-ladang milik orang Eropah,gambaran pegawai-pegawai rendah Melayu sebagai kerani, juru taip, polis-polis Melayu berseluar pendek dan pegawai-pegawai tinggi Inggeris yang kasar dan menghina peribumi.

2.    Perjuangan peribumi membebaskan diri daripada penjajahan : gambaran tunjuk perasaandan laungan-laungan semangat orang Melayu (lebih 10 pelakon yang membawa sepanduk)

3.    Mesyuarat dan perjuangan pemimpin-peminpin pelbagai kaum (gambaran watak dan kostum kaum masing-masing). Pertentangan pendapat antara pemimpin yang bersetuju untuk bebas daripada penjajah dan mahu penjajah kekal kerana tidak yakin untuk memerintah sendiri.

4.    Laungan kemerdekaan dan watak-watak orang ramai pelbagai kaum bersorak kegembiraan. Watak-watak lelaki dan perempuan (gambaran dalam bentuk kostum yang berbeza).

5.    Kongres Kebudayaan Kebangsaan Oktober 1971. Persetujuan untuk menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam khusus dalam bidang kesenian (watak-watak pemimpin pelbagai kaum).

Dengan ini kami telah bersama-sama membincangkan dan melakukan beberapa kajian dalam menghasilkan rekaan set dan prop,kostum,makeup, pencahayaan dan bunyi yang akan dilakukan dan akan dibentangkan dalam bentuk ‘slideshow’ pada kelas akan datang





 ..................................................................................................................................................

Pada 6 Jun 2016,kumpulan kami telah membentangkan tentang ‘storyboard’ dalam babak satu semasa kelas Realisasi Visual (PASK 0293) yang dijalankan di Makmal Autocad,Aswara. Setelah selesai pembentangan storyboard, kami berbincang bersama-sama pensyarah En. Che Saiful Nazmi,En. Safwan dan Cik Khairun Nisak untuk melakukan pengambaran sekitar Pekan Rasa dan Pekan Kuala Kubu Bharu yang berada di Hulu Selangor bagi mendapatkan suasana lading getah dan pekan lama yang sebenar.
...................................................................................................................................................

 Berikut merupakan hasil photoshoot yang telah dilakukan sekitar Pekan Rasa dan Pekan Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor. Aktiviti ini dijalankan pada 8 dan 11 Julai 2016.







...................................................................................................................................................................

Pada 21 Julai 2016 yang lalu,pensyarah sambilan Aswara iaitu En. Yusmar telah mengadakan perjumpaan untuk bahagian Pembantu Pengurus Pentas. Perjumpaan tersebut telah dijalankan di Café Bunga Raya Aswara. En. Yusmar telah membahagikan tugas masing-masing. Saya telah ditugaskan untuk menguruskan persembahan bagi pelajar-pelajar Asasi yang membuat persembahan tarian semasa FeSA dijalankan nanti. Manakala, Bahirah memikul tanggungjwab untuk mengurus pelajar-pelajar Asasi yang akan membuat persembahan dalam bidang muzik dan Zarith akan menguruskan bahagian pameran bagi subjek Pengenalan Inovasi dan Keusahawanan.

En.Yusmar meminta supaya kami berjumpa setiap pensyarah yang terlibat dalam persembahan FeSA bagi mendapatkan keterangan tentang jumlah persembahan yang akan dijalankan,penglibatan pelajar,penggunaan kostum dan solekan,sistem bunyi dan sebagainya.

...................................................................................................................................................

 Pada 26 Julai 2016 saya telah berjumpa Cikgu Boy dan Cikgu Seth bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai persembahan tarian yang akan dijalankan semasa FeSA berlangsung. Berikut merupakan beberapa maklumat yang telah disenaraikan :
1) Persembahan
-kontemporari (3) -2 Group -1Solo
-tradisional (1) -Silat
-lakonan / combine dgn En. Kema
2)Penglibatan
-16 org pelajar Asasi (Tari)
3)Lagu
-Penggunaan Audio @ Playback (C.Boy & C.Seth)
4)Kostum
-Pemilihan kostum akan dilakukan oleh pensyarah (C.Boy & C.Seth)
1.    C.Boy 
-Persembahan 1 (Kelabu / Sdn Bhd)
-Persembahan 2 (Coklat / Sdn Bhd)
-Persembahan 3 (Api/masih dalam perbincangan)
2.    C.Seth
-Baju silat
5)Make up
-Disediakan oleh pihak Aswara (Bahagian Kostum)
6)Lighting
-Masih dalam perbincangan.
7)Prop
-C.Boy & C.Seth tidak memerlukan sebarang set atau prop. Hanya 100% menggunakan anggota badan sahaja untuk melakukan persembahan.