Tuesday 28 June 2016

MOTION CAPTURE : MINGGU 11








Motion capture, motion tracking, atau mocap merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses rakaman pergerakkan untuk dijadikan sebagai model digital. Di dalam proses pembikinan filem, mocap membawa maksud merakam pergerakkan pelakon dan menggunakan maklumat tersebut untuk dijadikan dalam bentuk watak animasi digital ke model animasi komputer dua dimensi atau tiga dimensi. Kebiasaannya ia akan menglibatkan reaksi wajah,pergerakkan jari termasuklah anggota badan pelakon yang dikenali sebagai performance capture.

Semasa proses motion capture, setiap pergerakkan pelakon akan diambil secara berulang kali mengikut setiap saat. Ianya hanya mengambil pergerakkan pelakon sahaja dan bukan merakan penampilan visual. Hasil daripada pergerakkan tersebut akan menghasilkan model tiga dimensi supaya model tersebut menunjukkan aksi yang sama seperti pelakon. Ini boleh dibandingkan dengan teknik yang lebih tua iaitu rotoscope, seperti yang terdapat dalam filem animasi The Lord of the Rings, di mana penampilan visual dari pergerakkan seorang pelakon difilemkan, lalu filem itu digunakan sebagai gerakan frame-per-frame dari watak animasi yang dilukis tangan.




Pergerakan kamera juga dapat berfungsi sebagai motion capture sehingga kamera virtual dapat berjalan, condong, atau digerakkan mengelilingi pentas dan dikawal oleh jurukamera ketika pelakon sedang melakukan persembahan. Hal ini membuat watak komputer, gambar, dan set mempunyai perspektif yang sama dengan imej video dari kamera. Sebuah komputer memproses data dan pandangan dari pergerakan pelakon, memberikan kedudukan kamera yang diinginkan dalam terminologi objek dalam set. Data yang diperoleh daripada pergerakan kamera dari pandangan yang diambil biasa dikenali sebagai match moving atau camera tracking.





 - AFIFAH